Sunday, February 3, 2013
Don't Give Up
Dalam kamus hidup saya takkan pernah ada istilah gagal dalam apa jua keadaan terutama dalam pelajaran. Bukan saya saja yang akan cakap begini. Semua orang tak mahukan kegagalan dalam hidup mereka. Semua nak hidup mereka sentiasa berjaya. Walaupun kita pernah gagal sekali tapi itu bukan bermakna kita akan gagal selamanya. Majoriti saya tengok, especially kawan-kawan saya. Siapa yang tak pernah gagal dalam cinta. Saya juga pernah gagal dalam cinta sampaikan saya benci pada lelaki tetapi bila difikirkan kembali. Kenapa kita perlu bencikan kaum lelaki. Takkan kerana salah pada seorang lelaki, Kita akan benci semuanya. Mesti pernah rasa macam itu kan ?? Cuba kita tengok pada diri kita. Mungkin kegagalan kita dalam cinta ini salah diri kita. Diri sendiri ?? Kita susah nak tahu apa salah diri kita melainkan orang lain yang nampak kesalahan itu. Tapi ada orang ker yang nak mengaku kesalahan diri mereka. Mustahil untuk seseorang mengaku kesalahannya. Sama macam gagal dalam pelajaran. Saya pernah gagal dalam pelajaran time sekolah sampaikan seorang cikgu marah sangat dekat saya di hadapan rakan-rakan kelas saya. Siapa yang tak malu bila dimarahi begitu.. Subjek yang saya gagal ini ialah subjek Bahasa Melayu. Memang patutlah saya kena marah sebab Bahasa Melayu kan subjek teras dan utama dekat sekolah. Macam ner saya nak habiskan study kalau BM saya failed. Cikgu tu maki hamun saya. Cara cikgu tu menegur muridnya salah. Dia xpatut maki hamun muridnya. Kerana malu dengan maki hamun tu, saya cuba tanamkan semangat dalam diri saya untuk mendapat A+ dalam BM. Saya jadikan maki hamun cikgu tu sebagai cabaran untuk saya supaya saya nak tengok mata cikgu akan terbeliak tengok result saya nanti. Saya buktikan yang saya bukan BEBAL dan BODOH yang selalu cikgu cakapkan. Finally, time keluar result SPM, saya dapat A+ dalam BM. Terima kasih cikgu kerana sudah memberi cabaran untuk saya. Maki hamun cikgu tu saya akan ingat sampai bila-bila hinggalah saya dah habis sekolah sekarang nih. Terima Kasih Cikgu !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment