Sunday, December 16, 2012

Who am I?

Siapa saya ? Who am I ? Setiap orang tak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya termasuklah aku. Semua orang nak jadi macam orang lain. Lebih famous, lebih tertarik and so on. Mereka tak pernah ingin menjadi diri sendiri. Ada juga yang sedang mencari diri sebenar mereka. Aku? Kadang-kadang aku selalu memikirkan tentang ini. Siapa diri aku ? Dan kadang-kadang aku keliru dengan persoalan ini. Aku selalu ingin menjadi seorang yang famous dan dikenali oleh orang ramai. Tapi kelemahan aku, sikap aku yang tak berani untuk menyatakan sesuatu yang benar membuatkan aku selalu menjadi pendiam di mana-mana seperti di kelas. Aku tidak mudah untuk berbicara dengan orang yang aku tidak kenali kerana aku takut. Aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku juga mempunyai keinginan. Aku ingin menjadi seperti orang lain yang berani dan tidak malu untuk berbicara. Bila aku cuba untuk menjadi seperti mereka, aku tidak kuat lalu aku jatuh seorang diri di dalam alam ku. Aku seperti Legenda Pak pandir dan Mak Andir yang hanya tahu berangan saja. Tapi akhirnya ia tidak menjadi kenyataan. Kerana apa? Kerana aku takut untuk keluar dari kepopong hidupku. Aku takut diketawakan. Aku selalu memikirkan kata orang terhadap aku. Sebab itu, aku sentiasa menjaga hati setiap orang yang berada hampir dengan ku. Aku juga takut untuk beri pendapat ku kepada mereka bila aku dalam perbincangan bersama sahabatku. Aku takut mereka tidak terima pandangan ku dan memikirkan pandangan ku ini ialah merepek. Aku penakut. Dan aku tidak ingin menjadi penakut lagi. Aku keliru dengan diriku yang sebenarnya. Who am I ?