Sunday, December 16, 2012
Who am I?
Siapa saya ? Who am I ? Setiap orang tak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya termasuklah aku. Semua orang nak jadi macam orang lain. Lebih famous, lebih tertarik and so on. Mereka tak pernah ingin menjadi diri sendiri. Ada juga yang sedang mencari diri sebenar mereka. Aku? Kadang-kadang aku selalu memikirkan tentang ini. Siapa diri aku ? Dan kadang-kadang aku keliru dengan persoalan ini. Aku selalu ingin menjadi seorang yang famous dan dikenali oleh orang ramai. Tapi kelemahan aku, sikap aku yang tak berani untuk menyatakan sesuatu yang benar membuatkan aku selalu menjadi pendiam di mana-mana seperti di kelas. Aku tidak mudah untuk berbicara dengan orang yang aku tidak kenali kerana aku takut. Aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku juga mempunyai keinginan. Aku ingin menjadi seperti orang lain yang berani dan tidak malu untuk berbicara. Bila aku cuba untuk menjadi seperti mereka, aku tidak kuat lalu aku jatuh seorang diri di dalam alam ku. Aku seperti Legenda Pak pandir dan Mak Andir yang hanya tahu berangan saja. Tapi akhirnya ia tidak menjadi kenyataan. Kerana apa? Kerana aku takut untuk keluar dari kepopong hidupku. Aku takut diketawakan. Aku selalu memikirkan kata orang terhadap aku. Sebab itu, aku sentiasa menjaga hati setiap orang yang berada hampir dengan ku. Aku juga takut untuk beri pendapat ku kepada mereka bila aku dalam perbincangan bersama sahabatku. Aku takut mereka tidak terima pandangan ku dan memikirkan pandangan ku ini ialah merepek. Aku penakut. Dan aku tidak ingin menjadi penakut lagi. Aku keliru dengan diriku yang sebenarnya. Who am I ?
Saturday, October 6, 2012
Erti Persahabatan
sahabat yang baik memang senang dicari tapi sahabat yg setia sukar utk dicari. walaupun kita berjauhan dan jarang berjumpa tapi ingatan saya masih ada lagi nama sahabat-sahabat aku yang selalu ketawa dan menangis bersama aku. Erti sebuah persahabatan memang sukar utk fahami tetapi aku telah mempelajari persahabatan itu sejak sekolah berasmara lagi. Masihkah kau ingat lagi ketika kita di zaman sekolah yang sering saja membuat nakal bersama? Aku rindukan kenangan itu semua, di mana engkau lah tempat utk aku meluahkan segala masalah aku walaupun ketika itu, engkau juga ada masalah tetapi kerana persahabatan, kau sanggup membantu aku menyelesaikannya. Engkau sering menasihati aku utk sentiasa belajar dan jgn lalai dgn permainan di dunia ini. Nasihat itu sering menjadi peringatan dalam hidup aku sehingga sekrang, aku dapat menyambung pelajaran aku di universiti. Dahulu, time SPM.. kita selalu berangan yang kita nak satu universiti, satu tempat kje dan sebgainya kerana kita adalah sahabat tetapi, semua itu takkan pernah terjadi kerana kehidupan kita berbeza. Aku xsanggup melihat kau pergi dulu sebelum aku kerana aku ingn mengisi setiap masa dan saat-saat ini bersama mu. Ingatkah lagi ketika kita bergaduh ketika itu? Time tuh, aku rasa kaulah seorang yang cukup aku benci kerana seorang lelaki, kita bergaduh tetapi hanya perkataan sahabat membuatkan aku mengambl hal itu sebagai masalah kecil. Kita kembali bersama seperti dahulu. Suatu hari, aku tengok kau sudah berubah. Kau pinggirkan aku. Aku xtahu apa salah aku sehinggan kau rapat dgn orang lain. Dari situ, barulah aku faham persahabatan xkan pernah ada dalam hidup aku. Aku cuba utk mencari penggantimu tetapi sukar untk dicari kerana mereka lain dari kamu. Hanya kau sahaja yang fahami aku dan hanya kau sorang saja yang masuk dgn aku. Aku sayang korang semua !!! -Ainna Mutaza- Izmah Aqilah- Amirah Muid- Izzian Izzati-
Subscribe to:
Posts (Atom)
